“Those who feel offended by the praising of others or the rebuke of no one in particular, often have deep rooted insecurities about themselves.”

ENGLISH VERSION:

It’s not a giant leap of imagination that praising certain thing’s attributes does not mean that other things are inadequate. Neither does a statement that could apply to a lot of people, apply directly to you. Nothing wrong saying you don’t like something or praising something right? No need to take it personally.

I remember a mini blog/forum war that erupted over me. Think it was about 4 years ago. It was due to me doing a guest post on this female blogger’s blog (it used to be a pretty popular blog, you won’t be able to find this post). In the post I referred to some people “as sad people who have nothing better to do than read this all day”. For some reason, some forum people (the forum is gone now btw) took offense. Okay, so they were big fans of this female blogger la.

But seriously…Hello! Not talking about you. Why you “terasa?”

The forumites then started discussing my personal life, speculating if I was romantically involved with the blogger, my parents, my web design business and how to “gunny sack” me and whack me up. It was freaking hilarious. Even more funny than the time I had a gay admirer openly professing his love for me on the Klue message boards. I was doing theatre that time, which is understandable, but that is a story for another time.

This is why you shouldn’t take offense for no reason. It’s like this, here’s an example:

This is a SOHAI driver. Pic from <a href=

Figure 1: This is a SOHAI driver. Pic from ahfook.krova.com


*Teacher walks into class*

Teacher: All the SOHAI in the class, please stand up!
Ah Beng: *Stands up angrily* Why you call me a SOHAI!
Teacher: Aiyo…who say you are a SOHAI, you’re a SOHAI only because you stood up! Aijojo!
Ah Beng: “…” *nothing to say*

Lesson to learn: It may not apply to you, people might not even be talking about you…unless you say it.

Or to give another example:

This other girl was pretty popular too back then. She was a Malay female blogger blogging under a pseudonym (that you wouldn’t know unless you read the BM version, hint). At some point we were dating. She was hot, but that is irrelevant. Anyway, she once wrote about how much she hates mullets. You know, “rempit / redneck” style hair.

The post got lots of comments. One even went as far as to e-mail her: “But what’s wrong with my hair!??!”

Lesson to learn: So what if she doesn’t like your hair. It doesn’t apply ONLY to you, and she is entitled to her opinion. And it’s not as if she said it specifically about you, she said it about a group of people.

Please learn a lesson from these examples. Don’t take offense if you’re not supposed to. Don’t take something directed at a group of people personally. Because you end up looking stupid lah, and it’s usually your loss.

“Mereka yang rasa kecil hati atas pujian kepada orang lain atau mengambil hati atas pencacian sekumpulan orang, biasanya ada perasaan malu tentang diri”.

VERSI BAHASA KEBANGSAAN KITA YANG DISAYANGI, BAHASA MALAYSIA:

Tidak susah untuk difahami bahawa memberi pujiaan terhadap orang atau benda bukan bermakna benda lain tak bagus. Juga, jika satu pencacian dikatakan tentang segolombongan orang, tak patut kamu terasa sebagai individu.

Saya teringat 4 tahun lepas ada satu perkelahian di blog/forum yang telah bermula kerana saya kerana saya buat “guest post” di blog seseorang gadis. Dalam “guest post” itu, saya telah mengatakan satu perkara seperti “mereka yang takde kehidupan yang menarik sahaja yang akan duduk baca blog ini sepanjang hari”.

Pengguna forum itu amat marah! Mereka pun membincang hidup peribadi saya, keluarga saya, bisnes saya, dan berkata nak bungkus saya dalam guni dan belasah saya. Seronok betul saya baca forum itu. Amat lucu, lebih lucu daripada kali sebelum ini ada satu peminat seks rambang yang berkata dia amat menggemari saya di forum Klue. Pada masa itu saya seniman, berlakon di teater oleh itu mungkin sebabnya tetapi ini adalah cerita untuk lain kali.

Sepatutnya, mereka tak perlu ambil hati atas perkara macam ni. Bukannya katakan mereka pun, betul tak?

Contohnya:
*Cikgu masuk kelas*
Cikgu: Semua budak yang bermuka cibai, sila berdiri!
Abu: *Berdiri terus dengan marah* Kenapa kamu kata muka saya macam cibai!
Cikgu: Aduhai, kenapa kamu berdiri…saya kata hanya mereka yang bermuka cibai berdiri!
Abu: “…” *tak ada apa untuk cakap”

Ini yang dipanggil “terasa”. Ambil tunjuk ajar: Bukannya kamu…selain kamu berkata adalah kamu!

Satu lagi contoh:

Ada satu lagi blog ditulis oleh perempuan. Perempuan jelita dari Hartamas yang menggunakan nama samaran “Cherzleen”. Dia gadis yang seksi, dan kami telah berfoya-foya sebelum ini, tapi ini bukan fokus cerita. Di telah menulis satu blog post tentang kenapa dia tak suka stail rambut “mullet” yang dipaparkan oleh banyak “Mat Rempit”.

Gaya rambut "mullet".

Figure 2: Gaya rambut "mullet".

Post itu dapat banyak komen! Adapun seorang yang yang e-mel kepada dia: “Kenapa la? Kenapa tak suka stail rambut saya?” Aiyo. Janganlah kisah tentang perkara macam ini.

Ambil tunjuk ajar: Jangan rasa kecil hati. Perempuan tu kata dia tak suka stail rambuat “mullet”. Bukan “saya tak suka stail rambut Abu Bakar dari Balakong yang berumur 23 tahun”.

Sila ambil tunjuk ajar dari cerita-cerita ini. Janganlah ambil hati jika tak perlu. Kerana, awak mungkin akan nampak bodoh dan malu. Dan biasanya, kamu yang rugi, jadi jangan memalukan diri.

Bonus Content untuk Mereka Yang Tahu Baca BM: Tahu tak? Malu dan kemaluan adalah perkara yang berbeza. Orang besar seperti Samy Vellu pun tak tahu. Dia telah bercakap “Kemaluan saya sangat besar!” di satu mesyuarat besar apabila dia ingin menunjukkan perasaan malu atas perkara yang telah berlaku.

Wah, ada peraduan kot. Boleh menang RM500 wei! :) Sebagai seorang Cina yang lebih fasih bertutur dalam Bahasa Malaysia daripada Bahasa Cina (saya tahu, teruk betul, pengkhianat bangsa,kacang lupakan kulit, dll), saya mengambil peluang untuk menyertai peraduan ini untuk meningkatkan kemahiran menulis dalam BM dan juga kegagahan ilmu sihir SEO saya. Saya mendapat tahu contest “HIDUP BERANI UNTUK GAGAL” ini dari Zul’s Blog (http://zulseffort.blogspot.com). Btw Zul, terima kasih kerana menyokong Advertlets! Peraduan ini dianjurkan oleh DenaiHati.

Contest ini berjaya dianjurkan atas sokongan sponsor yang sentiasa bermurah hati iaitu DSGClicks, Berani Gagal Network, One Malaysia Blogshops, Anisha Online Mall dan Saudacare.

(Kalau you dapat tahu peraduan ini dari blog saya, dan nak sertai, sila letak “Josh Lim (josh.my), itu budak yang hemsem sekali yang beritahu saya tentang peraduan HIDUP BERANI UNTUK GAGAL ini” dalam entri blog anda!)

(Saya tak tahu jika saya layak untuk menyertai peraduan ini kerana dibuka kepada “Satu Dunia Melayu”. Saya bukan berbangsa Melayu. Saya 1JoshLim, 1BudakCina dari 1Malaysia. Tapi saya Google-kan “Satu Dunia Melayu”, dan nampaknya ia ialah “satu dunia agung yang meliputi Indonesia, Brunei, Filipina”. Wadefak! Tak tahu wei…)

Image from voidboi on Flickr. Creative Commons image.

Image from voidboi on Flickr. Creative Commons image.

ANYWAYS, untuk entri saya: Walaupun telah mengasaskan Advertlets yang kini akan menjadi 3 tahun pada March 2010, dan saya telah bekerja dalam bidang web untuk lebih dari 8 tahun dan telah membuat projek dan kempen periklanan untuk pelanggan tempatan dan seluruh dunia, saya tidak menggelar diri sebagai seorang yang telah berjaya dalam kehidupan. Tunggu 4 tahun lagi la (at least, untuk Phase 1 complete, masih ada Phase 2, Phase 3…) Perjuangan saya masih belum selesai. Dan, saya telah gagal beberapa kali dalam kehidupan - tapi, tak putus asa. Tahu tak, bila saya seorang belia muda, saya cuba mendapat pekerjaan di McDonald’s? McDonald’s pun tak mahu saya! FAIL betul.

Namun, kerap kali saya ditanya oleh belia muda…apakah yang penting untuk berjaya dalam kehidupan? Saya kerap kata: “Selagi anda belum mati, selagi anda tidak terperangkap dalam najis dadah, selagi anda tidak hamil luar nikah dan terpaksa tamat pekerjaan untuk mengasuh anak, tak ada banyak-banyak yang boleh menghalang anda! Dan juga, kalau kamu belum 25 tahun lagi jangan risau terlalu banyak! Masih ada banyak peluang untuk anda.”

Saya ada cerita yang berinspirasi untuk dikongsi berdasarkan “HIDUP BERANI UNTUK GAGAL“.

Adakah kamu Mat Rempit? Okay, you lihat kat kamu punya kapchai - adalah ia berjenama Honda? Ada tak perkataan “Boon Siew Motor / Boon Siew Honda” di sana? Tahu tak anda siapa Boon Siew? Si Boon Siew adalah imigren/pendatang dari Negara China yang datang ke Penang, Malaysia untuk mencari pendapatan. Bila dia mula berkerja, dia seorang mekanik yang hanya menjana pendapatan $3 sebulan. Betul! Adalah dikataka bahawa sifu dia mengetuk kepala dia apabila dia buat salah. Pada umur 18, Boon Siew membeli 11 buah bas menggunakan $2,000. Selepas tu, dia memperbaiki bas itu, dan menjual ia untuk harga $12,000! Pandai giler.

Tapi, pada 1942 orang Jepun curi dia punya wang! Namun begitu, dia tak putus asa. Selepas Perang Dunia Kedua, dan orang Jepun telah dibelasah teruk dan telah dikalah, dia bermula menjual basikal, tayar dan aksesori motorsikal, dan selepas itu, dia menjual kereta terpakai, transportasi dan bas. Dan dalam 1950, dia bermula penerokaan dalam bidang hartanah di Penang. Boon Siew meninggal dunia pada 1995, tetapi empayar dia makin membesar.

Jika seorang pendatang kuli dari Cina yang tidak berpengalaman boleh jadi tauke kaya dan orang besar dari titis peluh dia sendiri, apa lagi anda, yang telah diasuh dalam rumah yang ada internet, yang ada makanan cukup dan tidak diketuk di kepala kerap-kerap? Selain itu, Jepun takkan menyerang Malaysia lagi, oleh itu jangan risau wang yang anda susah payah bekerja untuk dapat anda dicuri oleh orang Jepun! Kerja keras, jadilah orang berguna kepada bangsa dan negara, berusaha, dan anda akan berjaya! (Kalau tak berjaya pun, tak susah untuk menjana pendapatan RM1500-RM2000 sebulan la).

Post ini ditulis oleh Josh Lim pada lewat malam menggunakan keyboard Apple yang seksi, sistem komputer PC lama yang menggunakan Windows XP, dan menggunakan broadband Streamyx yang pantas sekali! Sekian, terima kasih banyak-banyak, kawan-kawan kecil!

utamakanbahasamelayu

Dengar semua Rakyat Malaysia! Guna Bahasa Melayu dalam pertuturan sehari-hari!

Hi kawan-kawan blog saya!

Dibelakang ini, saya ada perangai yang sedikit bodoh: Saya mendengari lagu di FlyFM /Hitz, dan saya menterjemahkan ia dari Bahasa Orang Putih kepada Bahasa Orang Melayu.Tak tahu mengapa, tetapi ia sungguh menyeronokkan, terutamanya apabila ada kesesakan trafik.

Mari kita bermain satu permainan yang menggunakan minda anda! Sila teka apa artis dan nama lagu yang asli, dari lyrik-lyrik yang telah diterjemahkan dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Anda boleh meletakkan jawapan anda di dalam ruang komen.
Teka tajuk lagu dan artis…

Lagu #1:

Mari kita beriang-ria
Rentakan ini tidak sihat
Saya nak bergembira dengan batang disko anda

Sedikit Hint: Artis ini berasal dari London dan suka memakai pakaian menjolok mata dan menggelarkan diri ‘Wanita’.

Lagu #2

Apabila anda berfikir jalan tak tentu arah,
Apabila anda dah berputus asa,

Mereka ambil tangan anda, dan menunjukkan bahawa anda boleh
Tidak ada sempadan-sempadan!
Tidak ada sempadan-sempadan!

Sedikit Hint: Artis ini seorang lelaki, dan menggemari lelaki. Dia berasal dari Amerika Syarikat.

Lagu #3

Saya suka itu boom boom pow
Ayam itu mencuri gaya saya
Mereka cuba menyalin cara berjalan saya
Saya di atas najis lain sekarang

Sedikit Hint: Kugiran ini mendapat nama mereka dari sejenis makanan.

Lagu #4

Kerana aku jahat!
Aku jahat!
Marilah!
Kamu tahu!
Aku jahat!
Dan seluruh dunia terpaksa menjawab,
Saya nak beritahu kamu sekali lagi,
Aku jahat!

Sedikit hint: Artis ini telah meninggal dunia kebelakangan ini. Semoga Tuhan merestui roh dia.

Lagu #5

Last one: Bonus, this is an Malay song translated to English. Do you know this song?

You know how much I love you
Only angels could replace you
Only fate will determine it
Oh stroking of the soul

That’s it for now!

dscf7270

Gambar ini sebenarnya, langsung tak berkaitan, selain daripada ada gadis Melayu dalam baju Melayu dan blog post ini ditulis dalam Bahasa Melayu

Wahai, saudara. Patik meminta ampun kepada pembaca pembaca yang dikasihi, kerana akhir-akhir ini, tak ada blog post yang banyak.

Ini adalah kerana akhir-akhir ini saya hidup dalam kesengsaraan kerana tidak berasa begitu sihat. Saya berbatuk-batuk seperti orang tua yang berbatuk yang tidak tahu tentang Ubat Batuk Cap Ibu Dan Anak. Betul kata kerajaan Malaysia, merokok merbahayakan kesihatan dan boleh membawa padah. Oleh kerana batuk, sudah hampir dua minggu saya tidak berjoget di kelab dan bergaul bebas.

Kenapa post ini dalam bahasa Melayu, bahasa kebangsaan kita yang disayangi? Dengan perasaan sedih saya mengeluh bahawa walaupun saya seorang Cina, saya tidak boleh berbahasa Cina. Yang menghairankan, saya lebih fasih berbahasa Melayu darbahasa Cina.

Bak katanya orang Cina, ’seorang Cina yang tak tahu berbahasa Cina, sepatutnya pancung kepala dia.’  Oleh itu, dalam tahun ini, saya berikrar nak membelajari Bahasa Cina, bahasa nenek moyang saya. Satu hari, saya nak tulis dalam Bahasa Cina di sini.

Sudah lama saya tak tulis dalam Bahasa Melayu, namun hari ini, entah-entah mengapa saya rasa macam nak buat ini. Mungkin terlalu banyak minum arak kot.


Sebenarnya, ada banyak kisah kisah yang ingin aku menceritakan di sini, sepertimana yang berikut:

  • Kisah Memenangi RM2 Ribu Dari Fly FM
  • Kisah Akhir Minggu Yang Menggairahkan Dan Terlampau Gembira
  • Kisah Orang Bodoh Tak Tahu Letak Kereta Dan Motosikal
  • Kisah Memasuki Pertandigan Bola Cat MY-NPL.- Kisah Perkumpulan Blogger Sempena Acara ‘Alat Mainan Jantan Besar’ di Boiler Room, Hartamas
  • Adakah Mak Ayah Anda Ada Profil Bukumuka?
  • Apakah Yang Patut Anda Beli Untuk Teman Lelaki Anda Yang Dikasihi?
  • Kisah Menjumpai CEO Dari Hong Kong Yang Ada Stail Rambut Ikat Ekor Kuda
  • Kisah Blog Ini Mencapai Taraf Trafik Lebih Tinggi (Dan Bagaimana Saudara Boleh Menggemparkan Trafik Blog Anda Juga)
  • Berita Gembira Untuk Blogger Advertlets!
  • Kisah Pertanyaan Aneh Dari Enjin Carian Google Yang Membawa Orang Ke Blog Ini
  • Kisah Kisah Latar Belakang Advertlets Serta Josh Lim Dan Kawan-Kawan
  • Dan Juga Lain Lain Cerita Yang Menggemparkan Jiwa!

Blog post yang dipaparkan di atas akan ditulis secepat mungkin. Semoga terus ghairah membaca blog www.josh.my! Kita (sebenarnya, hanya saya lah) akan terus berusaha untuk menulis cerita-cerita yang mencuit hati dan penuh aksi!