JOSH LIM, BUDAK CINA YANG HIDUP BERANI UNTUK GAGAL!
Advertlets, Bahasa MALAYSIA, General, Sharing December 4th, 2009
Wah, ada peraduan kot. Boleh menang RM500 wei!
Sebagai seorang Cina yang lebih fasih bertutur dalam Bahasa Malaysia daripada Bahasa Cina (saya tahu, teruk betul, pengkhianat bangsa,kacang lupakan kulit, dll), saya mengambil peluang untuk menyertai peraduan ini untuk meningkatkan kemahiran menulis dalam BM dan juga kegagahan ilmu sihir SEO saya. Saya mendapat tahu contest “HIDUP BERANI UNTUK GAGAL” ini dari Zul’s Blog (http://zulseffort.blogspot.com). Btw Zul, terima kasih kerana menyokong Advertlets! Peraduan ini dianjurkan oleh DenaiHati.
Contest ini berjaya dianjurkan atas sokongan sponsor yang sentiasa bermurah hati iaitu DSGClicks, Berani Gagal Network, One Malaysia Blogshops, Anisha Online Mall dan Saudacare.
(Kalau you dapat tahu peraduan ini dari blog saya, dan nak sertai, sila letak “Josh Lim (josh.my), itu budak yang hemsem sekali yang beritahu saya tentang peraduan HIDUP BERANI UNTUK GAGAL ini” dalam entri blog anda!)
(Saya tak tahu jika saya layak untuk menyertai peraduan ini kerana dibuka kepada “Satu Dunia Melayu”. Saya bukan berbangsa Melayu. Saya 1JoshLim, 1BudakCina dari 1Malaysia. Tapi saya Google-kan “Satu Dunia Melayu”, dan nampaknya ia ialah “satu dunia agung yang meliputi Indonesia, Brunei, Filipina”. Wadefak! Tak tahu wei…)

Image from voidboi on Flickr. Creative Commons image.
ANYWAYS, untuk entri saya: Walaupun telah mengasaskan Advertlets yang kini akan menjadi 3 tahun pada March 2010, dan saya telah bekerja dalam bidang web untuk lebih dari 8 tahun dan telah membuat projek dan kempen periklanan untuk pelanggan tempatan dan seluruh dunia, saya tidak menggelar diri sebagai seorang yang telah berjaya dalam kehidupan. Tunggu 4 tahun lagi la (at least, untuk Phase 1 complete, masih ada Phase 2, Phase 3…) Perjuangan saya masih belum selesai. Dan, saya telah gagal beberapa kali dalam kehidupan – tapi, tak putus asa. Tahu tak, bila saya seorang belia muda, saya cuba mendapat pekerjaan di McDonald’s? McDonald’s pun tak mahu saya! FAIL betul.
Namun, kerap kali saya ditanya oleh belia muda…apakah yang penting untuk berjaya dalam kehidupan? Saya kerap kata: “Selagi anda belum mati, selagi anda tidak terperangkap dalam najis dadah, selagi anda tidak hamil luar nikah dan terpaksa tamat pekerjaan untuk mengasuh anak, tak ada banyak-banyak yang boleh menghalang anda! Dan juga, kalau kamu belum 25 tahun lagi jangan risau terlalu banyak! Masih ada banyak peluang untuk anda.”
Saya ada cerita yang berinspirasi untuk dikongsi berdasarkan “HIDUP BERANI UNTUK GAGAL“.
Adakah kamu Mat Rempit? Okay, you lihat kat kamu punya kapchai – adalah ia berjenama Honda? Ada tak perkataan “Boon Siew Motor / Boon Siew Honda” di sana? Tahu tak anda siapa Boon Siew? Si Boon Siew adalah imigren/pendatang dari Negara China yang datang ke Penang, Malaysia untuk mencari pendapatan. Bila dia mula berkerja, dia seorang mekanik yang hanya menjana pendapatan $3 sebulan. Betul! Adalah dikataka bahawa sifu dia mengetuk kepala dia apabila dia buat salah. Pada umur 18, Boon Siew membeli 11 buah bas menggunakan $2,000. Selepas tu, dia memperbaiki bas itu, dan menjual ia untuk harga $12,000! Pandai giler.
Tapi, pada 1942 orang Jepun curi dia punya wang! Namun begitu, dia tak putus asa. Selepas Perang Dunia Kedua, dan orang Jepun telah dibelasah teruk dan telah dikalah, dia bermula menjual basikal, tayar dan aksesori motorsikal, dan selepas itu, dia menjual kereta terpakai, transportasi dan bas. Dan dalam 1950, dia bermula penerokaan dalam bidang hartanah di Penang. Boon Siew meninggal dunia pada 1995, tetapi empayar dia makin membesar.
Jika seorang pendatang kuli dari Cina yang tidak berpengalaman boleh jadi tauke kaya dan orang besar dari titis peluh dia sendiri, apa lagi anda, yang telah diasuh dalam rumah yang ada internet, yang ada makanan cukup dan tidak diketuk di kepala kerap-kerap? Selain itu, Jepun takkan menyerang Malaysia lagi, oleh itu jangan risau wang yang anda susah payah bekerja untuk dapat anda dicuri oleh orang Jepun! Kerja keras, jadilah orang berguna kepada bangsa dan negara, berusaha, dan anda akan berjaya! (Kalau tak berjaya pun, tak susah untuk menjana pendapatan RM1500-RM2000 sebulan la).
Post ini ditulis oleh Josh Lim pada lewat malam menggunakan keyboard Apple yang seksi, sistem komputer PC lama yang menggunakan Windows XP, dan menggunakan broadband Streamyx yang pantas sekali! Sekian, terima kasih banyak-banyak, kawan-kawan kecil!














Advertlets + BloggerUnited Bloggers at Rebellz Launch @ Goddezz!



huhu.. tak sangka org kuat advertlets pun join contest ni.. apa2 pun, post yg menarik and good luck
[Reply]
Tuan terima kasih memberi sokong dan turut serta contest Hidup Berani Untuk Gagal. Blog ini tersenarai sebagai peserta ke 11. Sebagai ucapan terima kasih saya juga telah letakan iklan Advertlets sebagai sokongan kepada tuan.
[Reply]
best of luck buddy…! persaingn secara sihat..yeah!
[Reply]
LOL!
[Reply]
hoho nmpknya contest ni makin panas, otai pun join gak
[Reply]
Hi bro Josh!
salam perkenalan
entri HIDUP BERANI UNTUK GAGAL yang bagus!
mohon exchange link MY ADHA blog : http://myadha.blogspot.com
sy dah add link bro
have a nice day bro
[Reply]
post yg sangat menarik!
[Reply]
Terharu rasanya orang kuat Advertlets pun jadikan saya referral
. BTW, very nice post.. Looking forward for the next phases of Advertlets
[Reply]
wah ni mcm dare to fail punye semangat..
blog korang power2… aku baru nk stat berbelog
[Reply]
Good job… haha..
Hurmm.. banyak juger cerita disebaliknye ek..
[Reply]
wah orang kuat ni, haha. best of luck bro.
[Reply]
uiks..boleh cakap melayu? Fasih plak tu. Dasat ko ye Josh Lim. Apapun, aku suka cite pasal Boon Siew Honda. Antara orang cina yang berjaya kat bumi Malaysia nih..
[Reply]
Since I’m gonna be in Malaysia for SPM, omgg write my BM essay for
me. -.-
[Reply]
hi josh, best entry u ni.. suka part paling last.. very much like a pantun.. all the best!
[Reply]
Untuk makluman semua contest ini terbuka untuk semua bangsa dan entri boleh di translate ke bahasa English dengan kekalkan kata kunci “HIDUP BERANI UNTUK GAGAL”.
[Reply]
wah nice josh lim pun join..tertarik lak utk aku join
[Reply]
hehe orang kuat advertlets pon join jugak.. meriah-meriah
[Reply]
Tak percaya rasanya bila dapat tahu Josh fasih berbahasa malaysia. Tahniah Josh! dan cerita di atas sungguh menarik…
[Reply]
[...] 11.Josh Lim – Zul’s Blog [...]
[...] 11.Josh Lim – Zul’s Blog [...]
one malaysia…budak baik baik
[Reply]
HAHA wtf is this weih,
[Reply]
[...] 11.Josh Lim – Zul’s Blog [...]
Peraduan “HIDUP BERANI UNTUK GAGAL”, korang dah join ke?…
Entry ini merupakan reaksi kepada contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL anjuran Denaihati. Contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL adalah contest terakhir penutup bagi tahun 2009 dimana anda hanya perlu tulis entry bebas di blog korang.
……
[...] 11.Josh Lim – Zul’s Blog [...]
wah, salam kenal bro..
aku pon baru tau yang kata bro josh ni cina yang hebat menggunakan bahasa melayu mengalahkan bahasa ibunda sendiri.
tak salahlah.. janji kita boleh mesra dengan semua orang.. aku terpegun dengan ayat yang ditulis oleh bro ni..
hidup berani untuk gagal!
[Reply]
[...] respond daripada Josh Lim : Untuk makluman contest ini terbuka kepada semua bangsa bukan sahaja untuk orang Melayu dan [...]
[...] 2. Walaupun telah mengasaskan Advertlets yang kini akan menjadi 3 tahun pada March 2010, dan saya telah bekerja dalam bidang web untuk lebih dari 8 tahun dan telah membuat projek dan kempen periklanan untuk pelanggan tempatan dan seluruh dunia, saya tidak menggelar diri sebagai seorang yang telah berjaya dalam kehidupan. Tunggu 4 tahun lagi la (at least, untuk Phase 1 complete, masih ada Phase 2, Phase 3…) Perjuangan saya masih belum selesai. Dan, saya telah gagal beberapa kali dalam kehidupan – tapi, tak putus asa. Tahu tak, bila saya seorang belia muda, saya cuba mendapat pekerjaan di McDonald’s? McDonald’s pun tak mahu saya! FAIL betul…. baca kisah Josh Lim, Pengasas Advertlets selanjutnya @ http://josh.my [...]
Untuk makluman DENAIHATI baru perpindah rumah ke http://denaihati.com dan terus bersama kami untuk berita terkini contest Berani Gagal.
[Reply]
[...] Siti Sifir’s SuperNova, Cinta Itu Ini, Permata Hati Umi, Zul’s Blog, Ratu Salju, JOsh Lim, Anarm, Yang Baik, Propito, MyAdha, LizaRazak, SepatDotNet, AndyHowtt, nTah apa-apa jak ka, Melayu [...]
[...] 11.Josh Lim – Zul’s Blog [...]
[...] Josh Lim – Zul’s Blog [...]
singgah jap… ops tumpang lalu.
[Reply]
[...] MamaCun, Siti Sifir’s SuperNova, Cinta Itu Ini, Permata Hati Umi, Zul’s Blog, Ratu Salju, JOsh Lim, Anarm, Yang Baik, Propito, MyAdha, LizaRazak, SepatDotNet, AndyHowtt, nTah apa-apa jak ka, Melayu [...]
Bro kalau ada masa bantu buat pilihan entri terbaik dan tolong promosi juga ya!
[Reply]
Uh … good luck! Tengah nak buat pilihan ni … Jeng jeng jenggggg!!
[Reply]
[...] 2. Namun, kerap kali saya ditanya oleh belia muda…apakah yang penting untuk berjaya dalam kehidupan? Saya kerap kata: “Selagi anda belum mati, selagi anda tidak terperangkap dalam najis dadah, selagi anda tidak hamil luar nikah dan terpaksa tamat pekerjaan untuk mengasuh anak, tak ada banyak-banyak yang boleh menghalang anda! Dan juga, kalau kamu belum 25 tahun lagi jangan risau terlalu banyak! Masih ada banyak peluang untuk anda.” Baca pengalaman menarik ini @ Josh Lim. [...]
[...] 2. Namun, kerap kali saya ditanya oleh belia muda…apakah yang penting untuk berjaya dalam kehidupan? Saya kerap kata: “Selagi anda belum mati, selagi anda tidak terperangkap dalam najis dadah, selagi anda tidak hamil luar nikah dan terpaksa tamat pekerjaan untuk mengasuh anak, tak ada banyak-banyak yang boleh menghalang anda! Dan juga, kalau kamu belum 25 tahun lagi jangan risau terlalu banyak! Masih ada banyak peluang untuk anda.” Baca pengalaman menarik ini @ Josh Lim. [...]
Hello..Josh..Sy Eida..
Salam Kenal,ya..
Josh..just now sewaktu sy berjalan2
di blog danaihati.com,selepas itu
I ada ternampak Ur N3 ‘Dare
to Fail’ disana tersenarai
sebagai 28 finalist contest..
I sngt tertarik hati
dgn N3 Josh..So,I’ll vote for U..
Gd Luck,Josh!
[Reply]
[...] 1. Satu-satunya blogger Cina yang hebat join contest : Namun, kerap kali saya ditanya oleh belia muda…apakah yang penting untuk berjaya dalam kehidupan? Saya kerap kata: “Selagi anda belum mati, selagi anda tidak terperangkap dalam najis dadah, selagi anda tidak hamil luar nikah dan terpaksa tamat pekerjaan untuk mengasuh anak, tak ada banyak-banyak yang boleh menghalang anda! Dan juga, kalau kamu belum 25 tahun lagi jangan risau terlalu banyak! Masih ada banyak peluang untuk anda.” Baca pengalaman menarik ini @ Josh Lim. [...]
[...] Sifir’s SuperNova, Cinta Itu Ini, Permata Hati Umi,Zul’s Blog, Ratu Salju, JOsh Lim, Anarm, Yang Baik, Propito, MyAdha, LizaRazak, SepatDotNet, AndyHowtt, nTah apa-apa jak [...]
Lol, saya pun tidak tahu bangsa apa yang patut saya beritahu setiap kali orang menanya saya bangsa apa. Sebab, bapak, Jawa Johor. Mak Cina Kadazan-Dusun. HAHAHA. Saya lahir dekat Sabah. LOL kalau boleh, masa SPM saya nak tanda semua sekali Melayu, Cina, Sabahan ngan Lain-lain. Hehehe.
Cakap Cina…(kategori mengutuk boleh?), Kadazan-Dusun (setakat nak beli barang ngan makanan boleh?), Jawa (hebat! lol), Bahasa (60%), English (ho leng)…HAHAHAHA
[Reply]
[...] 11.Josh Lim – Zul’s Blog [...]