Josh Lim Adalah Seorang Blogger Yang Terlampau…Kacak!
Bahasa MALAYSIA, General, Sharing March 12th, 2009

Gambar ini sebenarnya, langsung tak berkaitan, selain daripada ada gadis Melayu dalam baju Melayu dan blog post ini ditulis dalam Bahasa Melayu
Wahai, saudara. Patik meminta ampun kepada pembaca pembaca yang dikasihi, kerana akhir-akhir ini, tak ada blog post yang banyak.
Ini adalah kerana akhir-akhir ini saya hidup dalam kesengsaraan kerana tidak berasa begitu sihat. Saya berbatuk-batuk seperti orang tua yang berbatuk yang tidak tahu tentang Ubat Batuk Cap Ibu Dan Anak. Betul kata kerajaan Malaysia, merokok merbahayakan kesihatan dan boleh membawa padah. Oleh kerana batuk, sudah hampir dua minggu saya tidak berjoget di kelab dan bergaul bebas.
Kenapa post ini dalam bahasa Melayu, bahasa kebangsaan kita yang disayangi? Dengan perasaan sedih saya mengeluh bahawa walaupun saya seorang Cina, saya tidak boleh berbahasa Cina. Yang menghairankan, saya lebih fasih berbahasa Melayu darbahasa Cina.
Bak katanya orang Cina, ’seorang Cina yang tak tahu berbahasa Cina, sepatutnya pancung kepala dia.’ Oleh itu, dalam tahun ini, saya berikrar nak membelajari Bahasa Cina, bahasa nenek moyang saya. Satu hari, saya nak tulis dalam Bahasa Cina di sini.
Sudah lama saya tak tulis dalam Bahasa Melayu, namun hari ini, entah-entah mengapa saya rasa macam nak buat ini. Mungkin terlalu banyak minum arak kot.
Sebenarnya, ada banyak kisah kisah yang ingin aku menceritakan di sini, sepertimana yang berikut:
- Kisah Memenangi RM2 Ribu Dari Fly FM
- Kisah Akhir Minggu Yang Menggairahkan Dan Terlampau Gembira
- Kisah Orang Bodoh Tak Tahu Letak Kereta Dan Motosikal
- Kisah Memasuki Pertandigan Bola Cat MY-NPL.- Kisah Perkumpulan Blogger Sempena Acara ‘Alat Mainan Jantan Besar’ di Boiler Room, Hartamas
- Adakah Mak Ayah Anda Ada Profil Bukumuka?
- Apakah Yang Patut Anda Beli Untuk Teman Lelaki Anda Yang Dikasihi?
- Kisah Menjumpai CEO Dari Hong Kong Yang Ada Stail Rambut Ikat Ekor Kuda
- Kisah Blog Ini Mencapai Taraf Trafik Lebih Tinggi (Dan Bagaimana Saudara Boleh Menggemparkan Trafik Blog Anda Juga)
- Berita Gembira Untuk Blogger Advertlets!
- Kisah Pertanyaan Aneh Dari Enjin Carian Google Yang Membawa Orang Ke Blog Ini
- Kisah Kisah Latar Belakang Advertlets Serta Josh Lim Dan Kawan-Kawan
- Dan Juga Lain Lain Cerita Yang Menggemparkan Jiwa!
Blog post yang dipaparkan di atas akan ditulis secepat mungkin. Semoga terus ghairah membaca blog www.josh.my! Kita (sebenarnya, hanya saya lah) akan terus berusaha untuk menulis cerita-cerita yang mencuit hati dan penuh aksi!















Advertlets + BloggerUnited Bloggers at Rebellz Launch @ Goddezz!



Asammualaikum! Haha!
[Reply]
Mari kite ber-blog dengan bersungguh sungguh agar mencapai 1000 pembaca sehari. cuit hati betul cerita ini insyallaah..
[Reply]
oh great. can u be kind enough for a translated post for ur english readers dude?
[Reply]
hahahaha kult!!!! nice malay la bro… i link this blog with mine!!!
[Reply]
wicked! I went and check out the box of PATCHI i received. guess how much? rm300 !!! wtf! and i didnt go out with that poor fella. Ke-lian!
[Reply]
Fuiyoh…. Terror sial mamat ni pandai cakap Melayu!
hebat gile lah. Ko ni pasti skor A dalam BM dulu kat skolah kan?
korang kenalah ikut jejak bos lim, tulislah dlm Melayu.
meh jadi kool dan slumber!
Wah, pompuan tu cun gile! Ape name die? hahaha…..
ko ni ade nombor die x?
[Reply]
dashyatnya berblogging dlm BM.
Lol
sorry la, i can’t speak bm for shit.
updates dude!
[Reply]
Sama la kita dude!
[Reply]
“Oleh kerana batuk, sudah hampir dua minggu saya tidak berjoget di kelab dan bergaul bebas.”
Hahahahah! cool statement!
[Reply]
Anyways, Rebellz is featured on The Star Metro today.
[Reply]
aduhai, untuk memafamkan blog post ini aku “spent” tak tau berapa lama baca semula dan semula lagi. Semoga anda boleh sihat balik secepat mungkin.
[Reply]
hahaha.. cool bro! petah gila tulis dalam bahasa melayu.. kita kan malaysian… hehehehe… tak gitu?
pstt: saye pon nak gak blog saye kat “blogger guys” tu… pelisss.. hehe
[Reply]
hurm
Josh berbahasa Malaysia
ahahaha
[Reply]
*bangs wall*
so hard to read!
hahaha
[Reply]
Baru saya tahu anda fasih BM. Dan baru saya tahu anda tidak boleh bertutur dalam Bahasa Cina.
[Reply]
Woah..! :p ^-^ Terlampau kacak?
[Reply]
memang melampau betul. lol!
[Reply]
wahh…semangat betul! BM la, nanti dlm Bahasa Cina pulak..apa lagi?? mau berborak dalam bahasa french?? I ada kawan yang boleh ajar. Betul punya!
[Reply]